Wednesday 10 August 2011

Coretan 10 Ramadhan

Alhamdullillah bersyukur kita di atas kurnian rezeki untuk kita di hari ini. Berbuka dengan juadah yg serba ringkas. Hari ini berpuasa dengan keadaan cuaca hujan dan mendung. Tiada apa yg menarik hari ini cuma menjalan kan kehidupan seperti biasa. Menguruskan hal kerja yg tidak tentu masa. Aku patut bersyukur jika di bandingkan dengan budak2 ku yg bekerja memanjat pencawang yg tingginya hampir 100 kaki dlm keadaan cuaca panas di utara semenanjung.
Kalau cerita pasal bab bersyukur ni boleh kata semua akan berkata dia bersyukur dengan apa yg dia ada. Tapi rasanya ayat tu cuma bermain di bibir sahaja . Lebih-lebih lagi Syawal akan menjelang tiba, semua dah buat budget peruntukan untuk menyambut perayaan ini paling kurang RM2k dan tak di nafikan kan ada yg boleh mencecah RM10k atau lebih. Bila kita kaji balik kenapa kita perlu membeli barangan yg mahal-mahal dan berjenama. Semua tu di atas satu sbb...sifat ingin menunjuk-nunjuk atau pun RIAK. Kita boleh mengabiskan duit sebegitu banyak di pusat membeli belah tapi kita terlalu bakhil untuk mengabiskan duit sebanyak itu di rumah-rumah anak yatim, di pusat tahfiz atau pun di tabung-tabung masjid dan surau. Ingatlah semua...duit-duit tu bukan semuanya untuk kita. Memang betul kita bekerja bermati matian untuk mencari duit..tapi kita kena ingat. Kita hidup di dalam dunia ini tidak lain tidak bukan akan sentiasa di uji oleh Allah.
Manusia senang di pesongkan jika di uji dengan kemewahan. Jika org-org yg mendalami Ilmu Agama, mereka ni terlampau mengambil berat tentang perkara-perkara ini. Biar pun mereka memperolehi duit yg banyak tapi mereka hanya mengambil yg sepatutnya sahaja dan yg lain tu di sedekahkan kepada yg memerlukan. Itulah kekuatan iman mereka.
Untuk menguatkan Iman kita mari lah kita bersama-sama menghadiri kuliah2 di Masjid atau pun Surau. Dampingilah kuliah2 agama supaya hari2 kita akan sentiasa di ingatkan dengan KEMATIAN. Apabila kita di ingatkan dgn MATI jadi kita perlulah melengkapkan diri. Belajarlah dengan Ustaz2 yg ada kerana Ilmu Agama tidak boleh di tafsir dengan cerdik pandai tapi perlu ditafsir dengan keimanan. Pesanan dari seorang Ustaz..."Carilah guru2 yg berjihad ke jalan Allah dan bukan nya Guru yg mementingkan keduniaan". Muhasabah untuk diri sendiri dan untuk semua juga. Mula kan dengan langkah pertama kerana Allah tidak rugi apa2 tapi yg rugi adalah kita. Allah sudah tetapkan undang-undang dan cara hidup di dalam Al Quran dengan lengkap dan tiada cacat celanya. Ikutilah dgn penuh keimanan kerana Allah telah menjanjikan ganjaran bagi yg baik dan pembalasan bagi yg ingkar . Tepulang kepada kita memilih jalan yg mana. Kita perlu berusaha mencari Hidayah dan bukan nya Hidayah datang mencari kita. Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan menunjukkan jalan yg benar untuk kita semua. Assalamualaikum...



1 comment:

  1. apabila sang guru memilih kedudukan dari memperbetulkan kesalahan masyarakat sekeliling, bermakna, balasan ALLAH sedang mendekati la tu. ;)

    ReplyDelete