Tuesday 9 August 2011

Mencari Hidayah

Hari ni 10hb Aug 2011 bersamaan 10 Ramadhan.. Umat Islam sedang menjalan kan ibadah puasa. Di bulan Ramadhan ini aku banyak menghabiskan masa ku di rumah sahaja. Bekerja dalam sebuah bilik yg kujadikan 2nd office.
Sebelum Ramadhan lagi aku telah bertekad untuk berhijrah hidup ku dari seorang yg lalai ke seorang yg cuba menghampiri Allah. Bermula dgn tidak meninggalkan apa yg diwajibkan dan menjadikan yg sunat sebagai amalan harian. Di bulan Ramadhan ni setan dan iblis sedang dikurung...tapi dia masih meninggalkan satu benda untuk merosak kan kita iaitu NAFSU. Jadi di bulan yg mulia ni kita terpaksa melawan nafsu kita sendiri.
Aku sendiri telah membuat banyak perubahan dari segi kehidupan aku sekeluarga. Bukan senang aku nak ubah diri sendiri ini kan pulak isteri dan anak2 aku. Alhamdullillah Allah kurnia kan aku seorang isteri yg bertudung dan pd aku ilmu agama nya lebih baik dari aku.Segala suruhan yg wajib isteri ku tak pernah tinggalkan.
Tapi bila aku mula menghadiri kuliah2 Agama aku mula terasa selama ini kebanyakan kita hanya mengikuti Islam ni dari luaran. Kita tak pernah nak belajar apa disebalik setiap suruhan Allah itu. Kehidupan kita seharian ini pun tidak boleh lari dari agama. Jika kita betul2 memahami Islam sudah tentu kita tidak berani membuat benda2 yg kita buat di zaman sekarang ni. Contoh nya bertukar2 kereta.. setiap kali kita membeli kereta baru kita tidak dapat lari dari RIBA .. semua org tahu perkara ni tapi kita tetap buat jugak...untuk perempuan paling senang...tentang berpakaian...Pakaian mengikut Al Quran...bukan pakaian muslim mengikut fesyen..kalau ditanya semuanya tahu...tapi persoalannya kenapa kita masih buat perkara itu..
Mari le kita bersama2 mencari hidayah Allah..Azab Allah amat seksa..Ya Allah aku tidak sanggup menerima azab mu Ya Allah...Jangan lah menanti hari esuk untuk kita berubah...sbb tiada jaminan untuk kita hidup hari esuk atau pun 5 minit dari sekarang ini..Semoga dalam coretan pertama ini Allah menurun kan Hidayah untuk kita semua...








2 comments:

  1. setuju abg. tunggu esok macam konpem ja kita nak hidup lagi kan? jgn amek masa. buat sekarang. ;) amin2. mendoakan abg. ;)

    ReplyDelete